Papan itu tersangkut pada akar di tebing sungai, separuh tenggelam dalam air keruh. Hasan sudah menghulurkan galah untuk menariknya apabila terdengar suara perempuan dari arah jalan tanah.
“Jangan tarik sebelah itu. Ada paku.”
Hasan menoleh. Seorang perempuan berkain batik berdiri di atas tebing, sebelah tangannya memegang kasut, sebelah lagi menyingsing hujung kain supaya tidak terkena Lumpur lembut dan basah yang terdapat di tebing sungai.. Di belakangnya, dua orang budak lelaki sedang mengheret sebatang buluh. Hasan mengalihkan galah, merendahkan badan dan mencapai papan itu dari sisi yang satu lagi. Air menitis daripada kayu yang kehitaman. Sebatang paku berkarat terjulur di bawahnya, hampir sepanjang ibu jari.
“Papan ini hanyut dari pondok kami,” kata perempuan itu sambil menuruni tebing.
Hasan memandang bangunan kecil di seberang jalan. Lantainya tinggi sedikit daripada tanah, dengan tangga kayu yang kelihatan senget.
“Pondok belajar?”
Salmah mengangguk. “Semalam air naik. Ada papan tercabut.”
Hasan meletakkan kayu di atas rumput, menekan hujungnya dengan ibu jari dan memeriksa bahagian yang merekah. Salmah mencangkung di sebelahnya tanpa menghiraukan kain yang terkena lumpur.
“Boleh guna lagi?”
“Kalau bahagian ini dipotong.”
“Banyak mana?”
Hasan menunjukkan ukuran dengan tangannya. Salmah memandang papan itu seketika, kemudian menyuruh dua budak tadi membawa buluh ke pondok terlebih dahulu.
“Nama saya Salmah. Saya mengajar budak-budak di situ.”
“Hasan.”
“Hasan yang selalu membaiki rumah orang?”
“Kalau rumah itu rosak.”
Salmah tersenyum. “Mak Timah pernah sebut nama awak.”
“Ibu saudara saya.”
Salmah menghulurkan tangan untuk mengangkat sebelah hujung papan. Hasan hampir menyuruhnya melepaskan, tetapi Salmah sudah mendapatkan pegangan yang kukuh. Mereka mengusung kayu itu menaiki tebing. Sesampainya di tanah rata, Salmah berhenti untuk membetulkan pegangannya.
“Esok saya boleh tengok lantai pondok itu,” kata Hasan.
“Kenapa esok?”
“Petang ini saya ada kerja.”
Salmah menunjuk kepada paku yang masih terjulur. “Cabut yang itu dulu. Budak-budak suka berkaki ayam.”
Hasan mengambil tukul daripada beg peralatannya. Dia mencabut paku tersebut, meluruskannya sedikit pada permukaan batu, lalu menyimpannya.
“Paku berkarat pun awak simpan?”
“Kalau masih kuat, boleh digunakan.”
“Saya pun selalu kena marah sebab simpan barang.”
Salmah mengangkat semula papan itu. Hasan memerhatikannya berjalan ke arah pondok, meninggalkan kesan tapak kaki pada tanah yang masih lembap.
Sejak sebelum pembentukan Malaysia pada September 1963,1 Hasan tinggal bersama Mak Timah, ibu saudaranya yang bersuamikan Pak Mat, seorang lelaki tempatan. Rumah mereka terletak di hujung deretan kebun, cukup jauh dari sungai untuk terselamat ketika air naik, tetapi cukup dekat untuk mendengar bunyinya pada waktu malam.
Pondok kecil yang dilalui Hasan hampir setiap hari itu belum pernah dimasukinya. Keesokan paginya, dia mengambil gergaji, tukul dan beberapa batang paku, lalu menuju ke sana sebelum matahari meninggi.
Salmah menyediakan sebuah tempurung untuk paku yang masih elok dan sebuah lagi untuk paku yang bengkok. Hasan sudah membuka tiga keping papan lantai ketika Salmah datang membawa kedua-dua bekas tersebut.
“Yang panjang sebelah sini?” tanya Salmah.
“Boleh.”
Salmah duduk di anak tangga, mengambil sebatang paku daripada tempurung kedua dan meletakkannya di atas batu rata. Ketukannya tidak sekata. Sekali-sekala paku itu melompat keluar daripada pegangannya. Hasan meneruskan kerja, tetapi telinganya mengikuti setiap ketukan.
“Jangan pukul hujungnya dulu. Pukul bahagian bengkok, perlahan.”
Salmah mencuba lagi. Paku itu menjadi lurus sedikit. Hasan menghulurkan sekeping kayu sebagai alas supaya batu tidak cepat menumpulkan mata tukul.
Menjelang tengah hari, sederet paku tersusun di atas kain buruk. Salmah memilih yang masih kuat, manakala Hasan memasang papan gantian pada Batang kayu yang menjadi penyokong kepada papan lantai. lantai. Tiga orang murid yang datang terlalu awal berdiri di hujung tangga, memerhatikan mereka.
“Cikgu, hari ini belajar di mana?” tanya budak paling kecil.
“Di bawah pokok dulu. Jangan naik, ada paku.”
Hasan menemui sebuah bangku yang sebelah kakinya sudah longgar. Ketika dia mengangkatnya, bangku itu bergoyang dan hampir terlepas daripada tangan. Dia membaringkannya di sisi dinding, mencabut dua batang paku yang tidak lagi mencengkam kayu dan menggantikan bahagian kaki yang reput dengan potongan papan lebihan.
“Yang ini pun awak hendak baiki?” tanya Salmah.
“Kalau dibiar, nanti ada yang jatuh.”
Salmah menghalau murid-murid yang cuba menghampiri. Hasan mengetam permukaan tempat duduk hingga rata. Mata besi ketam kayunya2 menanggalkan jalur-jalur nipis yang bergulung di hujung alat seperti kulit buah yang dikupas.
“Kayu lebih ini boleh buat tempat menulis huruf?” tanya Salmah.
Hasan mengambil satu kepingan yang kecil dan meratakan kedua-dua sisinya. Dia menggosok bucu yang tajam dengan kertas pasir sebelum menyerahkannya.
“Begini?”
“Kalau ada beberapa lagi, boleh saya ajar mereka menyusun perkataan.”
Hasan memandang timbunan kayu di bawah pondok. Dia memilih kepingan yang tidak merekah, kemudian menyambung kerja sementara Salmah membawa murid-muridnya ke bawah pokok.
Menjelang petang, lantai pondok tidak lagi Bergerak turun naik secara berganti-ganti kerana kedudukan tidak stabil. apabila dipijak. Salmah berjalan dari satu hujung ke hujung yang lain, sengaja menekan bahagian yang dahulu berbunyi. Hasan berlutut memeriksa kepala paku terakhir sebelum mengangkat bangku ke tepi dinding.
Seorang lelaki yang melalui jalan kampung berhenti dan bertanyakan khabar dari arah sempadan. Hasan menjawab bahawa dia belum mendengar apa-apa. Lelaki itu memerhatikan pondok sejenak sebelum meneruskan perjalanan.
Salmah datang membawa secawan air.
“Minumlah dulu. Dari pagi tak berhenti.”
Hasan menerima cawan itu. Pada pergelangan tangan Salmah terdapat calar halus, mungkin terkena hujung paku ketika bekerja.
“Luka tangan,” katanya.
Salmah memandang tangannya. “Sedikit saja.”
Dia mengumpulkan paku yang tertinggal, memasukkan yang masih elok ke dalam tempurung dan menyimpan selebihnya berasingan. Hasan menghabiskan airnya, kemudian mengambil semula kepingan kayu untuk latihan murid. Ada satu bahagian yang masih terasa kasar apabila disentuh.
Dia duduk semula dan mengetamnya sedikit lagi.
Hujan turun sejak subuh, tetapi ketika Hasan keluar membeli barang keperluan Mak Timah, awan sudah mula menipis. Jalan tanah masih licin. Air bertakung di dalam lekuk bekas roda basikal, sementara tapak kaki yang bertindih-tindih menjadikan permukaannya semakin lembut.
Dia melihat Salmah di selekoh berhampiran sungai. Salmah berdiri di bawah pokok, memegang sebuah bakul anyaman yang bahagian bawahnya hampir Terurai atau terpisah daripada susunan atau ikatan asal.. Beberapa buah buku terletak di atas rumput, disusun jauh daripada air yang mengalir di tepi jalan.
“Bakul itu kalah dengan buku?” tegur Hasan.
“Barangkali buku-buku saya terlalu berat.”
Hasan mencangkung dan memeriksa dasarnya. Sebilah jalur anyaman sudah putus, sementara dua jalur lain terlucut daripada rangka. Dia cuba menegangkan bahagian yang longgar.
“Kalau ada tali, boleh tahan lagi.”
“Ada di pondok.”
“Jauh juga hendak berjalan dengan buku sebanyak ini.”
Salmah memandang ke arah rumah-rumah yang kelihatan di seberang selekoh. “Rumah Mak Timah dekat, bukan?”
Mak Timah sedang mengupas ubi di serambi ketika mereka sampai. Dia menyuruh Salmah duduk, kemudian membawa keluar air untuk membasuh tangan. Pak Mat muncul sebentar dari belakang rumah, mengucapkan salam sebelum kembali memeriksa pagar kebun yang rosak.
“Bakul siapa pula yang rosak?” tanya Mak Timah.
“Bakul saya,” jawab Salmah.
“Hasan ini dari kecil memang tak boleh nampak barang rosak. Semua hendak dibaikinya.”
“Bukan semua boleh dibaiki, mak.”
“Yang tak boleh pun kau simpan.”
Salmah tertawa perlahan. Hasan sedang menegangkan dasar bakul dengan tali, memastikan setiap simpulan tidak mudah terlucut.
Di ruang tengah tergantung sebuah beg kain yang telah berkali-kali ditampal. Hasan mengenalinya. Ibunya pernah membekalkannya dengan beras dan pakaian ketika dia mula datang tinggal bersama Mak Timah.
“Ibu awak masih di Kalimantan?” tanya Salmah.
“Masih.”
“Awak selalu pulang?”
“Dulu lebih mudah. Sekarang tak tentu.”
Salmah mengambil sebuah buku yang sudutnya basah dan menyelangkan cebisan kertas kering di antara halaman yang melekat. Dari kedudukannya, Hasan dapat melihat kesan air membentuk tompok pada muka surat.
“Ayah saya pun tak suka kalau saya pergi jauh,” kata Salmah. “Dia selalu batuk sekarang. Malam-malam kadang-kadang tak lena tidur.”
“Tak ada orang lain di rumah?”
“Ada adik lelaki. Tapi dia banyak bekerja di kebun orang.”
Hasan mengetatkan simpulan terakhir. Dia teringat kain sarung ibunya yang masih tersimpan dalam peti, serta Mak Timah yang semakin kerap mengurut lutut selepas pulang dari kebun. Berita tentang keluarganya di Kalimantan datang melalui saudara dan kenalan yang kebetulan singgah. Ada yang cepat sampai, ada pula yang sudah berbulan-bulan apabila didengarnya.
“Sudah siap.”
Salmah mengangkat bakul itu, menguji dasarnya dengan dua buah buku sebelum menambah yang lain sehingga semuanya muat.
“Kuat juga.”
“Jangan isi batu pula.”
“Kalau batu boleh mengajar budak membaca, mungkin saya isi.”
Mak Timah tertawa dari serambi. Hasan menunduk, menarik hujung tali yang terjuntai dan memotongnya supaya tidak tersangkut pada apa-apa.
Sebelum beredar, Salmah meminta izin menyimpan cebisan tali yang tidak digunakan.
“Untuk apa?” tanya Hasan.
“Mana tahu ada benda lain yang rosak.”
Hasan memerhatikannya berjalan menuruni tangga, bakul tergantung pada lengan. Salmah berhenti di halaman untuk membetulkan kedudukan buku supaya beratnya seimbang.
Mak Timah menyuruh Hasan mengangkat ubi ke dapur. Dia bangun, tetapi sebelum masuk, matanya sekali lagi mencari selekoh tempat Salmah menghilang.
Bangku yang dibaiki Hasan itu sudah tiga hari tersandar pada dinding pondok belajar. Kakinya tidak lagi bergoyang, permukaan tempat duduknya sudah rata, tetapi Salmah belum membawanya masuk. Pada petang ketiga, Hasan singgah dan mendapati Salmah sedang menyusun buku di atas tikar.
“Bangku itu belum digunakan?”
“Belum ada tempat.”
Hasan memandang ruang yang masih cukup luas di tepi dinding. Salmah mengangkat setimbun buku dan menyimpannya di dalam peti, kemudian memungut beberapa batang paku yang tertinggal di bawah tingkap.
Dua lelaki menghampiri pondok. Seorang daripadanya, Pak Saman, pernah mengupah Hasan membaiki tangga rumah. Lelaki itu berhenti di kaki tangga dan memandang kotak alat di sisi Hasan.
“Masih banyak kerja di sini, San?”
“Bangku itu saja yang belum diangkat.”
“Orang kampung sudah mula bertanya.”
Hasan menunggu. Pak Saman menggosok tengkuknya, seolah-olah mencari cara yang tidak menyakitkan untuk meneruskan kata-kata.
“Kau fahamlah keadaan sekarang. Orang luar masuk, orang kampung kena jawab. Bukan aku menuduh kau, tetapi kalau ada yang bertanya, apa kami hendak cakap?”
Pak Saman pernah menghantarkan beras ketika Mak Timah sakit dan Hasan kehabisan kerja. Kini lelaki itu berdiri beberapa anak tangga daripadanya, tidak mahu naik tetapi juga tidak sampai hati untuk terus pergi.
“Saya masih buat kerja yang sama, Pak Saman.”
“Aku tahu.” Lelaki itu memandang Salmah. “Sebab itulah aku datang cakap elok-elok.”
Selepas mereka beredar, Salmah menutup peti buku dan mengangkat sebelah hujung bangku. Hasan membantu memegang sebelah lagi. Mereka meletakkannya di sudut belakang, jauh daripada tingkap.
“Awak tak perlu susahkan diri,” kata Hasan.
“Bangku ini untuk murid saya.”
“Bukan itu maksud saya.”
“Saya tahu.” Salmah mengelap habuk pada tempat duduk. “Tapi kalau ada orang bertanya, saya kena jawab apa yang saya tahu. Bukan apa yang saya harap.”
Dalam perjalanan pulang, Hasan melalui halaman rumah Salmah dan terdengar batuk dari dalam. Pintu hadapan terbuka sedikit. Ayah Salmah duduk di atas kerusi rotan dengan sehelai kain di bahu. Seorang pemuda sedang membersihkan lumpur daripada cangkul; Hasan pernah melihatnya membantu Salmah mengangkat barang.
Dia memperlahankan langkah apabila namanya disebut.
“Dia orang baik, ayah,” suara Salmah kedengaran dari dapur.
“Baik bukan bererti kita tahu semua perkara tentang dia.”
Hasan hampir meneruskan perjalanan ketika suara Salmah kembali kedengaran.
“Saya pun tak tahu semua perkara tentang orang kampung sendiri.”
Ayahnya terbatuk panjang. Bunyi cawan diletakkan di atas meja menyusul, kemudian Salmah meminta ayahnya minum dahulu.
Hasan meneruskan perjalanan ke rumah Mak Timah melalui jalan yang lebih jauh, mengelakkan halaman rumah Salmah. Kotak alat di bahunya terasa semakin berat pada setiap langkah.
Mak Timah menerima khabar tentang ibu Hasan bersama sebungkus garam dan dua gulung benang. Pembawanya seorang saudara jauh yang singgah sebentar ketika dalam perjalanan menemui keluarganya sendiri. Dia tidak membawa surat, hanya pesan bahawa ibu Hasan semakin kurang sihat dan beberapa pekerjaan di rumah sudah tidak dapat dilakukannya sendiri.
“Dia masih boleh bangun?” tanya Hasan.
“Katanya boleh. Cuma cepat penat.”
“Siapa yang menjaga?”
“Ada jiran datang tengok. Tapi kau tahu, orang ada kerja masing-masing.”
Selepas tetamu itu beredar, Hasan membuka peti kayu di biliknya. Di bahagian paling bawah tersimpan sehelai kain sarung ibunya, dilipat bersama bekas tembakau kosong yang dijadikan tempat menyimpan jarum. Dia mengangkat kain itu, menggoncangkannya sedikit, kemudian melipatnya kembali.
Di luar, Mak Timah menyapu halaman. Hasan mendengar sapunya berhenti apabila Pak Mat memanggil dari belakang rumah. Mereka bercakap perlahan tentang sesuatu yang tidak dapat didengarnya dengan jelas.
Hasan mengasingkan pakaian, Alat pertukangan bermata besi untuk meratakan atau melicinkan permukaan kayu. dan beberapa alat kecil. Barang yang hendak dibawa diletakkan di sebelah kanan peti. Selebihnya disusun kembali ke dalam kotak.
“Belum tahu bila boleh pergi, sudah berkemas?” tanya Mak Timah dari pintu.
“Kalau tunggu sampai dapat pergi, nanti kelam-kabut.”
“Kau fikir urusan sekarang macam dulu?” Mak Timah duduk dan mengurut lututnya. “Bertanyalah dahulu. Jangan ikut orang yang sekadar kata dia tahu jalan.”
Beberapa kejadian keselamatan telah berlaku di sekitar Tebedu sepanjang 1965, dan orang kampung semakin berhati-hati apabila menyebut perjalanan ke kawasan sempadan.3 Hasan tidak lagi berani memberitahu ibunya bila dia akan pulang.
Petang berikutnya, Hasan menemui Salmah di pondok. Salmah sedang memotong kertas untuk latihan murid. Hasan meletakkan beberapa batang paku yang telah diluruskan di dalam tempurung berhampiran pintu.
“Ibu saya sakit,” katanya.
Gunting di tangan Salmah terhenti. “Teruk?”
“Orang kata cepat penat. Saya hendak pulang.”
Salmah menyusun kertas yang belum siap, kemudian membuka almari kecil dan mengeluarkan sehelai kain bersih.
“Kalau bawa makanan, bungkus dengan ini. Saya boleh sediakan sedikit beras dan ikan kering.”
“Tak payah. Saya masih ada simpanan.”
“Bukan untuk awak seorang.”
Hasan memandang kain itu. Salmah sudah kembali menggunting kertas, membiarkannya menerima atau menolak tanpa diperhatikan.
“Ayah awak macam mana?” tanyanya.
“Masih batuk. Adik saya balik lewat sekarang, banyak kerja di kebun orang.” Salmah meluruskan hujung kertas yang terlipat. “Kadang-kadang ayah marah sebab saya tak dapat temankan dia sepanjang hari.”
“Awak tak mahu kerja di tempat lain?”
“Dulu ada orang ajak. Saya tak jadi.”
Dua hari kemudian, Hasan menerima bungkusan kecil yang diikat kemas. Ada makanan kering, kain pembalut tambahan dan segulung tali. Pada simpulannya terselit sekeping kertas bertulis: Jangan tarik terlalu kuat. Tali ini mudah putus kalau basah.
Hasan membaca pesan itu dua kali. Dia pernah mendengar Salmah menyebut perkara yang sama tentang anyaman bakulnya. Dia melonggarkan simpulan, lalu mengikatnya semula dengan cara yang tidak menjerut kain.
Salmah tidak menyebut bila dia harus kembali. Hasan juga belum mempunyai tarikh untuk pergi.
Ketika Salmah datang ke rumah Mak Timah, Hasan sedang membetulkan pemegang ketam kayunya. Hujung kain Salmah basah dan ada kesan tanah pada kedua-dua tapak tangannya.
“Awak ada kayu yang kuat?”
“Untuk apa?”
“Anak Pak Leman demam. Dari malam tadi. Maknya hendak bawa jumpa orang yang boleh merawat, tapi budak itu tak larat berjalan.”
Hasan memilih dua batang kayu yang disandarkan pada dinding dan menguji kekuatannya. Mak Timah mengambil kain tebal, sementara Salmah menerangkan bahawa Pak Leman dan beberapa jiran sudah bersedia membantu.
Di rumah Pak Leman, kanak-kanak itu terbaring di atas tikar. Mukanya kemerahan, rambut melekat pada dahi. Ibunya sedang mengelap leher anak itu dengan kain lembap. Salmah mendapatkan perempuan tersebut dan bertanya sama ada anaknya masih boleh minum, sementara Hasan bersama seorang jiran merentangkan kain di antara dua batang kayu.
Ikatan pertama terlalu longgar. Mereka membukanya dan mengikat semula, kemudian menguji Alat untuk mengangkat dan membawa orang yang tidak mampu berjalan sendiri. itu dengan sebungkus beras. Setelah berpuas hati, Pak Leman dan seorang jiran mengangkat kanak-kanak tersebut dengan bantuan ibunya.
Salmah membungkus air minuman, pakaian gantian dan kain bersih. Hasan membawa beg bekalan di belakang rombongan. Jalan yang lembut selepas hujan menyebabkan pengusung terpaksa diturunkan beberapa kali supaya pembawanya dapat bertukar tempat.
Tidak jauh dari simpang kebun, mereka bertemu Pak Saman bersama dua lelaki lain.
“Hendak ke mana, San?”
“Temankan mereka.”
“Dari mana kau datang sebelum ini?”
Hasan terdiam. Dia tidak tahu apa yang sebenarnya didengar Pak Saman tentang dirinya.
“Dia datang dari rumah Mak Timah,” kata Salmah.
Pak Saman memandang Salmah. “Kau nampak sendiri?”
“Saya yang pergi panggil dia. Dia ambil kayu, kemudian ikut saya ke rumah Pak Leman.”
Pak Saman mengalihkan pandangan kepada pengusung. Kanak-kanak itu mengeluarkan suara lemah apabila ibunya membetulkan kain pada bahunya. Seorang pembawa sudah duduk di atas akar pokok, menggosok tapak kaki yang melecet.
“Biar aku ganti dia,” kata Pak Saman.
Dia menyerahkan barang yang dibawanya kepada seorang teman, kemudian memegang hujung pengusung. Hasan beralih ke sisi jalan untuk memberi laluan. Mereka meneruskan perjalanan ke kampung jiran, tempat seorang petugas rawatan yang dikenali penduduk dijangka dapat ditemui.
Petugas itu belum pulang, tetapi keluarganya membantu mendapatkan orang untuk mencarinya. Setelah Pak Leman memastikan ada orang yang akan membantu mereka, Hasan dan Salmah berangkat pulang bersama penduduk lain.
Di tengah jalan, Salmah berhenti untuk membetulkan sandal yang dipenuhi tanah.
“Awak tak perlu ikut sampai sana tadi.”
“Kayu itu saya yang pilih.”
“Yang angkat bukan awak seorang.”
Hasan memandang Pak Saman yang berjalan di hadapan. Lelaki itu belum bercakap lagi dengannya sejak di simpang kebun.
“Betul,” kata Hasan.
Apabila mereka sampai di pondok, hari sudah hampir gelap. Salmah mengambil segulung tali dari bawah meja dan memberikannya kepada Hasan untuk menggantikan tali yang digunakan pada pengusung.
“Kalau ada khabar tentang budak tadi, beritahu saya,” katanya.
“Saya akan tanya esok.”
Dua hari kemudian, Salmah memberitahu Hasan bahawa demam kanak-kanak itu telah berkurang dan keluarganya masih menjaganya di rumah. Hasan menerima khabar tersebut sambil membaiki sebuah daun tingkap, lalu menyimpan paku yang sedang dipegangnya sebelum menyambung kerja.
Salmah datang ketika Hasan sedang mengasah mata ketam di serambi. Mak Timah menjemputnya naik, tetapi Salmah berhenti di anak tangga dan menghulurkan bungkusan berbalut kain putih. Hasan mengenali bentuknya sebelum membuka ikatan. Ketam kayunya yang tertinggal di pondok tersimpan bersama mata besi yang telah ditanggalkan.
“Saya jumpa dalam peti buku. Takut budak-budak ambil mata besinya.”
Hasan memasang semula mata besi itu. Ada serbuk kapur pada pemegangnya, barangkali daripada tangan murid yang pernah menyentuhnya. Mak Timah membawa air minuman sebelum masuk ke dapur.
“Ayah saya kirim pesan,” kata Salmah.
Hasan berhenti mengetatkan Kepingan berbentuk tirus yang digunakan untuk mengetatkan atau menahan bahagian sesuatu alat. kayu.
“Dia minta kita jangan selalu berjumpa. Orang masih bercakap, dan ayah tak mahu timbul masalah yang dia tak mampu selesaikan.”
“Awak setuju?”
Salmah memandang alat di tangan Hasan. “Saya faham kenapa ayah risau. Malam tadi dia batuk sampai tak dapat tidur. Pagi ini dia masih tanya sama ada saya sudah makan.”
Hasan meletakkan ketam di atas papan serambi. Dia teringat ayah Salmah yang duduk di kerusi rotan, kain tersangkut pada bahu. Lelaki itu tidak pernah menghalaunya dari kampung. Ketika mereka bertemu di jalan beberapa minggu lalu, dia masih membalas salam Hasan.
“Saya tak mahu menyusahkan keluarga awak.”
“Awak tak pernah minta saya bergaduh dengan mereka.”
“Kalau begitu, lebih baik saya tak datang ke pondok lagi.”
Salmah merapatkan hujung kain pembalut yang sudah kosong, melipatnya sekali sebelum bersuara.
“Saya bukan suruh awak pergi, Hasan.”
Dia mengangkat pandangan. Salmah tidak segera meneruskan kata-katanya. Dari dapur kedengaran Mak Timah menyusun pinggan, disusuli bunyi periuk berlaga dengan tungku.
“Saya sayang awak,” kata Salmah akhirnya. “Tapi saya tak tahu apa yang akan jadi dengan kita.”
Hasan menunduk kepada ketam di hadapannya. Dia sudah lama membayangkan akan mendengar kata-kata itu, tetapi kini tidak dapat menemukan jawapan yang cukup baik. Ibunya menunggu di Kalimantan. Mak Timah semakin sukar menaiki tangga selepas bekerja di kebun. Di hadapannya pula, Salmah masih memegang kain putih yang dilipat begitu kecil sehingga hampir hilang dalam genggamannya.
“Saya pun sayang awak. Saya cuma tak tahu bila dapat pulang, atau bila boleh datang semula.”
Salmah meletakkan kain di sisi ketam.
“Kalau begitu, jangan berjanji dahulu.”
Ketika Salmah turun dari serambi, Hasan tidak mengejarnya. Dia mengangkat mata besi ketam ke arah cahaya, melihat garis halus yang masih perlu diasah, lalu menyimpannya kembali ke dalam bekas.
Pada suatu pagi, Mak Timah meminta Hasan mengalihkan peti beras dari ruang tengah ke dapur. Beberapa barang sudah dibungkus walaupun belum ada sesiapa yang tahu dengan pasti apa yang perlu dibawa dan apa yang boleh ditinggalkan. Khabar tentang kawalan yang semakin ketat sampai melalui ketua kampung.
Hasan mengangkat peti beras, kemudian kembali mengambil kotak peralatannya. Mak Timah duduk di atas tikar, memisahkan pakaian lama daripada yang masih elok. Lututnya diluruskan ke hadapan.
“Tak perlu angkat semua hari ini, mak.”
“Kalau tunggu sampai orang suruh, nanti kelam-kabut.”
Beberapa hari sebelumnya, Hasan telah menemui ketua kampung untuk menyampaikan hasrat pulang kepada ibunya. Ketua kampung mengatakan urusan itu perlu dibincangkan dengan pegawai daerah. Hasan belum menerima sebarang kepastian.4
“Kalau saya pergi, mak tinggal dengan siapa?”
“Dengan Pak Mat. Dengan jiran-jiran yang kau kenal sejak kecil.” Mak Timah menyisihkan sehelai baju yang koyak pada siku. “Ibu kau pun ada hak hendak dijaga anaknya.”
“Mak pun ibu saya di sini.”
Mak Timah berhenti melipat. Tangannya bergerak lebih perlahan ketika memasukkan baju ke dalam peti.
“Kau sudah cukup lama menolong mak. Jangan sampai ibu kau menunggu seorang diri.”
Hasan mencapai baju yang koyak tadi dan memeriksa jahitannya. Dia tidak tahu sama ada boleh membaikinya, tetapi tetap meletakkannya bersama barang yang hendak disimpan.
Salmah datang bersama ayahnya pada petang berikutnya untuk mengambil beberapa keping papan dan seikat buluh yang pernah ditumpangkan di bawah rumah Mak Timah. Ayah Salmah berjalan perlahan dan berhenti sekali untuk batuk sebelum duduk di bangku serambi.
“Yang panjang dua batang saja,” kata Salmah. “Yang pendek boleh tinggal.”
Hasan membantu mengangkat kayu ke halaman. Ketika dia kembali, ayah Salmah sedang bercakap dengan Mak Timah tentang keadaan jalan dan kerja kebun. Pak Mat turut duduk bersama mereka, sesekali menyampuk tentang pokok buah yang tidak menjadi pada musim itu.
Tidak seorang pun menyebut nama Hasan sehinggalah ayah Salmah meminta diri.
“Jaga Mak Timah baik-baik sementara kau masih di sini,” katanya.
“Insya-Allah, pak cik.”
Lelaki itu menghulurkan tangan. Hasan menyambutnya, merasakan genggaman yang lemah tetapi tidak tergesa-gesa dilepaskan.
Selepas ayahnya berjalan dahulu menuju jalan kampung, Salmah berhenti di tepi timbunan papan.
“Mak Timah kata awak hendak balik.”
“Sedang diusahakan.”
“Baguslah kalau ibu awak dapat jumpa awak.”
Hasan mengambil tali untuk mengikat papan. Simpulan pertama terlalu ketat; dia teringat pesan pada bungkusan Salmah dahulu, lalu membukanya semula.
“Awak marah saya pergi?”
Salmah memegang hujung tali supaya papan tidak bergerak.
“Kalau ayah saya sakit di tempat jauh, saya pun hendak pergi menjaganya.”
Hasan menarik tali perlahan-lahan sehingga ikatan itu kemas. Salmah menguji papan paling atas, kemudian melepaskan pegangannya.
Mereka mengangkat ikatan kayu ke halaman rumah Salmah tanpa bercakap lagi tentang kepulangan.
Hasan datang ke pondok pada pagi terakhir sebelum keberangkatannya. Urusan yang diaturkan melalui ketua kampung dan pegawai daerah akhirnya membolehkan dia memulakan perjalanan pulang, meskipun laluan dan tempohnya tidak seperti perjalanan yang pernah dilakukannya dahulu. Kotak alatnya sudah dibungkus di rumah Mak Timah, bersama ketam kayu yang dipulangkan Salmah. Dia singgah untuk melihat bangku yang pernah dibaikinya.
Dari bawah tangga, Hasan mendengar suara kanak-kanak mengeja. Dia berhenti sebelum menaiki anak tangga. Melalui pintu yang terbuka, dia melihat Salmah berdiri di hadapan papan tulis, membetulkan kedudukan kepingan kayu yang disusun pada bangku. Setiap kepingan mempunyai satu huruf. Ada yang ditulis dengan kapur, ada yang sudah pudar sehingga perlu ditebalkan semula.
Salmah melihatnya ketika seorang murid sedang mengeja perkataan rumah. Dia meminta kanak-kanak itu meneruskan latihan, kemudian keluar ke serambi.
“Sudah hendak pergi?”
“Selepas tengah hari.”
Salmah memandang kotak kecil yang dibawanya. Hasan membuka penutupnya. Di dalamnya terdapat beberapa batang paku yang telah diluruskan, dibalut dengan kain supaya tidak mencederakan tangan.
“Masih ada yang elok. Boleh guna kalau bangku itu longgar semula.”
Salmah menerima kotak tersebut dan meletakkannya di atas ambang tingkap. Dia memandang ke arah murid-murid yang sedang menyusun kepingan huruf.
“Bangku itu masih kuat,” katanya.
“Papan bawahnya kena tengok sekali-sekala.”
“Nanti saya minta orang periksa.”
Hasan menyentuh tiang serambi. Ada kesan ketam pada permukaannya, garis-garis halus yang tertinggal daripada kerja beberapa bulan lalu. Dia mengusap satu bahagian yang kasar dengan tapak tangan, tetapi ketam kayunya sudah tersimpan di dalam kotak alat yang siap dibawa pulang.
“Saya pergi dulu, Salmah.”
“Jaga ibu awak.”
Hasan mengangguk sekali. Dia turun dari serambi dan berjalan menyusuri tebing sungai, melalui tempat papan hanyut pernah tersangkut pada akar. Ketika dia menoleh, Salmah sudah masuk semula ke pondok. Suaranya kedengaran meminta murid-murid mengulangi huruf yang baru dipelajari.
Pada dinding pondok itu, sebatang paku yang pernah diluruskan Hasan masih menahan papan tulis. Di bawahnya, suara kanak-kanak mengeja berselang dengan bunyi air sungai.
Nota kaki
- ↩
Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura ketika penubuhannya. Kampung Sungai Luruh merupakan tempat rekaan yang diletakkan berhampiran Tebedu, Sarawak.
- ↩
Ketam kayu ialah alat pertukangan yang digunakan untuk meratakan atau melicinkan permukaan kayu dengan mata besi yang menanggalkan lapisan nipis daripada permukaannya.
- ↩
Konfrontasi Indonesia–Malaysia berlangsung dari 1963 hingga 1966, termasuk kegiatan bersenjata di kawasan sempadan Borneo. Persetujuan untuk menamatkan konflik dimeterai pada 11 Ogos 1966.
- ↩
Ketua kampung berperanan sebagai pemimpin masyarakat setempat dan penghubung dengan pihak pentadbiran. Pegawai daerah pula menjalankan fungsi pentadbiran pada peringkat daerah.



